“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

Showing posts with label RENUNGAN BERSAMA. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN BERSAMA. Show all posts

13 ANTARA ALASAN APABILA DITEGUR TUTUP AURAT



Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?

Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

YANG BERGELAR IBU, EMAK, MAMA DAN SEBAGAINYA


YANG BERGELAR IBU….


Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

KHASIAT MEMELUK ISTERI DAN MANFAATNYA


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Wah seseorang itu boleh panjang umur..yeke. Macammana tu??

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

SECRET RECIPE MEMBERI JAWAPAN NYA



Salam sekali lagi. Ok entri yang lepas berkaitan BETUL KE KEK SECRET RECIPE HARAM? Mesti ada pembaca yang tidak puas hati, terkejut atau masih ragu-ragu. Gunakan kebijaksanaan anda. Kerana anda sendiri yang menilainya


Ok saya juga telah pun membaca enrti yang dibuat oleh pihak SECRET RECIPE itu sendri, jadi di sini saya ingin kongsikan bersama kawan-kawan semua.

Apa pun, ingin ditegaskan sekali lagi, kita sebagai orang Islam memang sepatutnya PRIHATIN dan BERHATI-HATI dalam isu makanan ni. Sebab makanan akan jadi darah daging kita. Kalau kita makan yang haram, maka api neraka lah yang layak untuk daging yang tumbuh dari benda yang haram. Jadi, memang patut sangatlah kita untuk mengambil sikap lebih berhati-hati.

Saya sendiri kalau saya ragu-ragu akan sesuatu perkara saya akan meninggalkannya sebab ia akan menjadi darah daging kita. Alhamdulillah ada petunjuk buat saya mengapa sehingga ke hari ini saya masih tidak berpeluang untuk makan dan beli KEK SECRET RECIPE tersebut.

Berikut adalah kenyataan dari Secret Recipe ini. Dan sekarang pilihan di tangan anda, anda yang menilainya dan anda yang mempertimbangkannya.

Statement dari Secret Recipe.

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

BETUL KE KEK SECRET RECIPE HARAM?



Salam semua pembaca-pembaca blog yang saya kasihi. Hari ini adalah hari Jumaat penghulu segala hari. Semoga mendapat berkat, InsyaALLAH. Pagi tadi saya ada membuka emel dan saya sangat terkejut membaca artikel yang mengatakan SECRET RECIPE itu HARAM. Astaghfirullahalazim, sungguh tak percaya. Saya memang dah lama nak beli kek ni, sampai la ke hari ini tak berpeluang hendak beli, Serius ni memang tak pernah makan. Sampai satu hari tu saya nak sambut hari lahir adik nak beli kek SECRET RECIPE siap pergi ke jusco bawa keluarga saya, untuk sambut hari lahir adik saya yang bongsu. Sanggup ke jusco, masa tu memang tengah cuti sekolah ramai betul orang. Tapi menemui kehampaan sebab kek dekat SECRET RECIPE tu semua habis. Terpaksa cari kek lain, kempunan nak makan kek SECRET RECIPE tu. 

Sekarang ni dah boleh dapat sebab dekat dengan tempat saya, ada buka cawangan baru. Dari hari ke hari nak pergi beli, pun masih tidak kesampaian sampai la ke hari ini, dan terbaca pula emel berkaitan KEK SECRET RECIPE ini HARAM. Astaghfirullahalazim, patutla saya hendak beli asyik tidak kesampaian, mungkin itu petunjuk buat saya, alhamdulillah. 

Berikut saya ingin kongsikan kandungan artikel, yang saya sendiri copy paste dari blog Pakarhowto dan blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mudah-mudahan kita sama-sama ambil perhatian secara serius, tiada KOMPROMI dalam bab HALAL & HARAM. Sudah macam-macam makanan sekarang menggunakan enzim babi. Kenapa perlu macamtu bukan ke Malaysia negara Islam, tak faham dengan dunia sekarang. Kalau rasa was-was baik tak payah makan, sebab ia akan menjadi shubhah, yang akan menjadi darah daging kita, mudah-mudahan kita dijauhkan.

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

PESANAN BUAT PARA SUAMI




1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA



✔ Kurangkan makan bawang besar
✔ Kurangkan makan berempah
✔ Kurangkan makan ketumbar kering
✔ Kurangkan menonton hiburan
✔ Kurangkan membaca majalah hiburan
✔ Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
✔ Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
✔ Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
✗ Jangan makan kepala ikan
✗ Jangan minum air yang ada semut
✗ Jangan tidur selepas subuh
✗ Jangan tidur selepas asar
✗ Jangan tidur selepas makan
✗ Jangan makan terlalu kenyang
✗ Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
✗ Jangan menyapu rumah pada waktu malam
✗ Jangan makan yang masam-masam berlebihan
✗ Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
✗ Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN 

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

APA??? YAHUDI MENIPU KITA TENTANG PEMAKANAN



Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. 

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil". Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita ialah: 

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

SUAMI YANG BAIK UNTUK ISTERI YANG BAIK




Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membacaAl-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

PENGORBANAN SEORANG ISTERI



Pengorbanan Seorang Isteri
Nur memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", Pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan Kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil Hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk mengalas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.

"Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang,
Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh,

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

ANTARA KEKASIH DAN IBU BAPA. SIAPAKAH PILIHAN ANDA??

Saya ada seorang kawan, namanya Ain (bukan nama sebenar) yang merupakan teman sebilik saya dan kami sekarang sedang mabuk bercinta dengan seorang lelaki, Asrul (buka nama sebenar). Dahulu saya dan Ain merupakan teman yang sangat rapat, tetapi sejak kehadiran Asrul, Ain sudah berubah dengan ketara. Saya sangat risaukan dia memandangkan pelajarannya sering diabaikan dan lebih banyak melayani teman lelakinya setiap hari.

Masa mereka lebih banyak dihabiskan bersama di luar tanpa mengulangkaji pelajaran. Di bilik pula, mereka akan saling membalas SMS sehingga lewat malam. Entah apa yang mereka bualkan saya tidak tahu, tetapi saya pasti bukan tentang pelajaran memandangkan Ain tidak memegang pen dan tiada buku padanya untuk mencatat.Ain pernah ceritakan pada saya bahawa dia tak mahu menghampakan ibu bapanya dalam pelajaran dan ingin berusaha bersungguh-sungguh. Sebelum ini dia memang seorang yang tekun. 

Namun, kehadiran Asrul telah mengubah sikapnya. Ain seolah-olah telah melupakan ibu bapanya dan hanya mendengar cakap teman lelakinya sahaja.Saya juga tidak senang dengan sikap si Asrul memandangkan dia merupakan seorang yang suka mengawal Ain. Ke mana sahaja Ain pergi, perlu memberitahunya walaupun sekadar ke tandas. Jika tidak, dia akan marah-marah sehinggakan sering terjadi pergaduhan antara mereka. Apabila hal ini terjadi, Ain seolah-olah terpukau dan akhirnya menurut sahaja kata-kata Asrul dan berbaik semula dengannya.

Saya telah nasihatkan Ain supaya tinggalkan Asrul. Malangnya, ketika Ain bertekad meninggalkannya, Asrul berpura-pura gila sehinggakan atas nama kemanusiaan Ain kembali padanya. Saya buntu. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan bapa Ain dan beliau telah melarang Ain bersama dengan Asrul. Tetapi, dalam diam Ain kembali kepada Asrul.

Apakah yang ingin diterangkan di sini ialah

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

AKU TAK SEMBAHYANG TETAPI AKU BERJAYA !!!



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?

Apakakah maksud istidraj?

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

SERUAN KUBUR KEPADA MANUSIA




Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali :

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

KEMATIAN MENJEMPUT PADA BILA-BILA MASA SAHAJA



"Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafa..., perfume anda adalah kapur barus..

"Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…

"Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana…

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

AZAB BAGI WANITA



Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

PERINGATAN BUAT KAUM HAWA



Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.

Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

MALAIKAT MAUT MEMERHATI WAJAH MANUSIA 70 KALI SEHARI



MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

PERKARA YANG DITEGAH SEMASA BERFACEBOOK!!!

Ulasan Ustaz Zaharuddin.net berkenaan Facebook
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

"DAJJAL" TELAH "MUNCUL" DI KHURASAN, INDIA SELATAN

Inilah sebagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahwa telah muncul "Dajjal" bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadist dari Jamiu at Tirmidzi,

"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bagian timur bernama Khurasan"

Maka boleh jadi yang dimaksud Rasulullah SAW tersebut ialah benar adanya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi SAW. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Dan Sai Baba ini bisa jadi adalah salah satu dari 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa bin Maryam).

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut .. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... . potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah

2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang aje kita dapat pahala.

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...