“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

Showing posts with label MOTIVASI HARI INI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI HARI INI. Show all posts

50 LANGKAH BESTARI SUAMI MITHALI




1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

HADITH PALSU: MAKANAN YANG DILARANG UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN


Terima kasih kepada seorang sahabat disini yang telah menanyakan Ustaz tentang kesahihan hadith tersebut. Jawapan Ustaz seperti berikut:
Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu (palsu); juga dihukumi sebagai hadis maudhu (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmuah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran. Beliau termasuk ulama Syiah.
Jadi, sesiapa yang ada menerima email yang mengandungi hadith palsu seperti di bawah, mohon hebahkan kepada rakan-rakan.

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dariMujahid daripada Al-Khudri yang berkata :”Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali binAbi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalamrumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 )jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

PERKARA POSITIF YANG PERLU ADA DALAM DIRI



Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

~Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka~

~Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain~

~Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain~

~Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan~

~Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu~

~Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya~

~ Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu~

~Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki~

~ Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu~

~ Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat~

~ Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia~

~ Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi~

~Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah~

~Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara~

~Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai~

~ Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara~

~ Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda~

~ Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri~

~Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini~

~ Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan~

~ Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda~

~ Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila~

~ Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya~

~ Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu~

~ Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah~

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

3 CARA UNTUK MELATIH KEKUATAN MINDA


Lebih banyak Anda menggunakan minda, lebih tajam pemikiran Anda, lebih banyak idea-idea kreatif tercetus tetiba. Berfikir lebih banyak, membayangkan sesuatu lebih banyak dari biasa dapat mengaktifkan minda, tapi tak akan menjadikan Anda gila atau “mereng” seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang skeptik dan orang-orang pesimis.

3 cara berkesan melatih kekuatan minda adalah:

1. Menyelesaikan masalah matematik dengan kadar pantas - latih diri Anda menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mudah tapi dilakukan dengan sangat kerap, sangat pantas.

Misalnya, 12X36, 35+42, 342-177. Selesaikannya melalui bayangan minda atau melalui tulisan di atas kertas.

Lakukan dengan pantas!

Lebih banyak Anda berlatih, Anda menjadi semakin cekap, lantas menjadikan minda Anda semakin bertenaga, aktif, semakin tajam.


2. Bersuara dengan kuat - menyanyi, bersyarah, berucap, membaca dengan kuat, lakukannya dengan kerap. Latih diri bersuara dengan kuat kerana bunyi suara Anda akan meransang tahap getaran getaran saraf neuron di dalam otak, lantas membuat ribuan neuron menjadi aktif akibat pergerakan arus elektrik yang pantas di antara hujung neuron dengan hujung neuron yang dekat dengannya.

Pergerakan darah Anda juga semakin lancar lantas menjadikan tubuh Anda ringan bertenaga, bebas dari sikap malas, bertangguh, berat nak buat kerja.

3. Pernafasan terarah - Tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat, tahan selama 7 tahan, lepas perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat.

Lakukan berulang-ulang dengan kerap, minda Anda akan lebih aktif. Latihan ini amat baik untuk pelajar dan orang yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulis, pelukis, arkitek, pereka grafik, pencipta lagu, pencipta produk, jurnalis.

Bagaimana yang dikatakan minda yang kuat?

Anda menjadi semakin matang, semakin bijak, dapat membuat keputusan dengan betul dalam masa yang singkat, memperoleh gerak hati yang tajam.

Anda juga dapat mencetus idea-idea unik dan memperoleh ilham berterusan disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda akan terfikir penyelesaian yang orang lain tak terfikir langsung, kemudian boleh menganalisa masalah menggunakan logik lalu menyelesaikannya menggunakan daya kreatif Anda.

Lagi satu, Anda dapat menggunakan otak kiri dan otak kanan dengan lebih seimbang tanpa Anda sedari, sesuatu yang tak ramai dari kita berjaya mencapainya.

Anda sungguh bertuah, sebab maklumat ini tak didedahkan ditempat lain.

Gunakan ia sebaik mungkin.




post signature


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

4 KESAN KETARA AKIBAT DARI BANYAK BERFIKIRAN NEGATIF


Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif.

Bila Anda berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan - mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak rugi.

Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi.

Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.

Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.

Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.

Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat Anda memiliki tabiat negatif - tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapaun tak suka berkawan dengan Anda dan tak siapa mahu menolong anda bila Anda dilanda kesusahan.

Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.



post signature


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

BAGAIMANA MELATIH DIRI UNTUK SENTIASA BERTENANG


Ada beberapa cara untuk melatih diri Anda bertenang sentiasa, bertenang ketika membuat kerja-kerja rumah (jika Anda suri rumah), bertenang ketika membuat kerja di tempat kerja, bertenang ketika mengulangkaji pelajaran.

1. Latih diri melalui kekerapan berdoa. Doa bukan sekadar selepas sembahyang, tapi ia juga boleh dilafazkan selalu di dalam hati.

Ambil masa beberapa saat, tutup mata, tenangkan jiwa lalu minta pada Allah supaya Anda hati Anda ditenangkan selalu, emosi Anda tenang selalu, Anda ditemukan dengan situasi-situasi yang sentiasa menenangkan.

2. Latih diri bertenang ketika sembahyang, selepas sembahyang dan ibadah-ibadah lainnya. Bekerja, belajar dan berniaga adalah salah satu bentuk ibadah. Cuba tenangkan diri selalu. Be in control.

Latih diri Anda bertenang selalu ketika melakukannya, wujudkan keseronokan supaya fikiran Anda terfokus. Ada orang rajin menjaga sembahyang simply sebab dia seronok merasai ketenangan yang timbul ketika bersembahyang.

3. Latih diri bertenang dengan membuat latihan pernafasan. Ketenangan minda banyak dipengaruhi oleh pernafasan kita.

Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan selama 3-5 lima saat (atau 7 saat) kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat juga. Lakukan banyak kali dalam sehari. Selain menenangkan, ia membuat fikiran Anda lebih positif kerana latihan pernafasan teratur membuang semua fikiran-fikiran negatif.

4. Jalani hidup dengan penuh kawalan pada emosi Anda, fikiran Anda, kata-kata Anda dan perbuatan Anda. Bila Anda latih diri untuk mengawal semuanya, Anda akan terdorong untuk bertenangan kerana hanya dengan ketenangan, Anda dapat mengawal emosi, fikiran dan kata-kata.



post signature


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

KERJA SUSAH VS KERJA MUDAH


TIP-TIP PILIHAN:
Kerja Susah vs Kerja Mudah

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan
tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?

Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan
perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka
melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.

Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup
melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan
promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network
yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi
yang produktif perniagaan baru setiap bulan.

Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan
perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak
menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya
menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun
yang lepas (tidak ubah).

Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi
mereka lakukan juga.

Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.

Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang
sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian... lakukannya juga!

SUMBER: IRFAN KHAIRI


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

4 CARA MEMBUANG TABIAT 'BUANG MASA'


4 CARA MEMBUANG TABIAT 'BUANG MASA'

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
seharinya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

"Matlamat dikecilkan"

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

"Tingkatkan kekuatan tenaga"

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

"Suara positif"

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

"Prinsip 80-20"

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak
SUMBER:Irfan Khairi


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

PROSES ASUHAN PERLU IKUT PERINGKAT UMUR


PROSES ASUHAN PERLU IKUT PERINGKAT UMUR

Satu hingga tujuh tahun
- didik cara gurau

Lapan hingga 14 tahun
- didik dengan disiplin dan tunjuk ajar

15 hingga 21 tahun
- didik cara kawan

21 tahun ke atas
- beri kebebasan untuk membuat keputusan

Antara faktor yang menjadi punca anak degil:

- Kurang menggalakkan musyawarah dalam membuat keputusan.

- Keputusan yang dibuat ketika perbincangan, walaupun silap atau salah takkan merugikan.

- Tidak menggantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat anak.

- Merotan sunat bagi anak yang meninggalkan solat. Namun, elak daripada rotan sentiasa dilihat anak kerana ia akan mendatangkan kesan psikologi yang kurang baik.

- Kurang mengawasi pendedahan kepada televisyen, video, Internet dan seumpamanya.

- Mengikut kajian, anak Melayu paling banyak menonton televisyen dalam tempoh empat jam sehari berbanding Cina iaitu empat jam seminggu.

- Jika ingin kejayaan anak, kita perlu berkorban dengan tidak menonton televisyen ketika minggu persekolahan.

- Gunakan masa paling jitu untuk mendidik anak.

Sebelum tidur

- Baca dan hembuskan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Insyirah di ubun-ubun anak.

- Beri nasihat kepada anak sebelum tidur

- Waktu anak sedang tidur, bisikkan ke telinganya kata-kata nasihat.

- Waktu anak bangun tidur jiwanya bersih bagai bayi baru lahir, tarik ibu jari kaki kanannya dengan ucapan; "Kamu anak yang baik, kamu anak soleh dan kamu anak yang pandai, bangun nak, pergi mandi dan sembahyang Subuh."


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

BELAJAR KETIKA BERMAIN


BELAJAR KETIKA BERMAIN

IBU bapa digalakkan meluangkan waktu bermain bersama anak-anak semasa di peringkat awal lagi bagi memupuk nilai positif serta membina hubungan erat dengan mereka.

Menurut Pakar Psikologi Perkembangan yang juga Pensyarah di Kolej University Sunway, Elaine Yong, umur kanak-kanak di antara tiga hingga enam tahun dikategorikan sebagai peringkat awal iaitu tempoh paling penting dalam kehidupan seseorang.

Dalam tempoh itu, kanak-kanak cepat belajar serta minda berkaitan logik dan asas mula berkembang. Apa yang dialami kanak-kanak dalam tempoh itu boleh membentuk hubungannya dengan orang lain pada masa depan serta mempengaruhi pandangannya terhadap dunia.

Katanya, kanak-kanak pada peringkat usia berkenaan mula memahami ada keluarga, rakan dan ramai lagi individu di dunia sekali gus bermulalah proses perkembangan kognitif.

Mereka punya sikap ingin tahu serta mula menguji keupayaan diri dengan memanjat kerusi meja dan seumpamanya.

Menurut Elaine, bermain amat penting bagi kanak-kanak menempuh proses pembelajaran.

“Bermain boleh mengajar kanak-kanak banyak benda yang mereka mungkin tidak tahu. Apabila berlari di luar rumah, mereka akan dapat rasa lebih sakit apabila terjatuh di atas jalan bertar berbanding di atas padang rumput.

“Apabila menendang bola, mereka mula belajar kekuatan yang lebih diperlukan untuk bola itu pergi jauh,” katanya.

Elaine menyarankan supaya ibu bapa menganggap waktu permainan itu penting sebagai satu cara pendidikan tidak formal kepada anak-anak.

Apatah lagi, kanak-kanak mempunyai waktu tumpuan yang singkat, oleh itu untuk duduk serta bercakap dengan mereka adalah tidak praktikal dan berkesan.

Ibu bapa yang mengajar anak-anak mereka semasa bermain mendapati anak terbabit lebih mudah memahami apa yang diajar dan membantu membina hubungan lebih kukuh antara ibu bapa serta anak.

Contohnya, apabila kanak-kanak terjatuh dan luka, ibu bapa boleh menenangkan mereka tanpa rasa panik. Anak itu juga akan belajar yang ibu bapa adalah orang yang boleh dipercayai untuk menjaga mereka dan membantu menangani masalah mereka. Jika ibu bapa panik dan kelam kabut disebabkan perkara remeh-temeh, kanak-kanak akan belajar tabiat negatif itu yang akan terbawa-bawa hingga dewasa.

Terbukti bahawa pergerakan fizikal (mobiliti) membolehkan kanak-kanak mengembangkan keupayaan intelektual baru. Aktiviti fizikal membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan lebih mudah kerana apabila mereka bergerak, ketika itu mereka melihat dan mengalami lebih banyak perkara.

“Pada umur tujuh tahun, kanak-kanak mula mengaitkan pelbagai konsep.

“Jika kanak-kanak itu mempunyai asas kukuh yang dibina di peringkat awal kanak-kanak, mereka akan lebih mudah dipengaruhi dan lebih mudah membezakan antara yang betul dan salah,” katanya sambil menambah, ada kalanya datuk dan nenek juga memainkan peranan sebagai ibu bapa.



Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

BERLAKON CEMERLANG PUPUK SIKAP POSITIF


BERLAKON CEMERLANG PUPUK SIKAP POSITIF

“UNTUK berjaya, anda juga harus berkawan dengan orang yang berjaya,” kata Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Menurutnya, sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif dan ia boleh menjadi contoh kepada anak-anak atau remaja yang mahukan kejayaan seperti mana yang diraih mereka yang sudah membentuk kecemerlangan.

Katanya, kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapan atau penampilan seperti pakaian, rambut, kasut dan gaya mereka.

“Tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif.

“Oleh itu sekiranya kita memilih kawan yang positif, bergaul dengan orang berjaya, banyak berbincang mengenai apa yang mahu dicapai pada masa depan, pasti ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian kita.

“Pastinya kita turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah kegagalan mereka sedangkan mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah kejayaan mereka,” katanya.

Katanya, untuk berjaya kita bukan hanya perlu berkawan dengan mereka yang berjaya malah belajar daripada pengalaman dan pengetahuan mereka. Selain itu, kita juga harus mempelajari cara mereka membentuk personaliti mereka di kalangan masyarakat.

Beliau mengakui, orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengagumkan.

Menurutnya, personaliti itu bukannya lahir secara semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya namun kita juga boleh melakukan perkara serupa.

Untuk membina sikap positif dalam diri, beliau menyarankan amalan beberapa petua manakala petua terpenting adalah melakonkan watak orang cemerlang. Bagi merealisasikannya, harus mengubah penampilan diri.

Dr Tengku Asmadi juga mengingatkan bahawa pelaburan yang dilakukan dalam membentuk penampilan diri atau imej positif mestilah membawa pulangan setimpal atau berbaloi.

“Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan diri sendiri.

“Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan diri lebih positif dan produktif. Sebab itu, ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif,” katanya.

Perunding motivasi ini turut menekankan, manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri selain mempunyai model ikutan yang boleh diteladani.

Beliau turut menceritakan kisah kejayaan jeneral tentera Amerika yang begitu dikagumi semua disebabkan kejayaan demi kejayaan yang dibawanya dalam peperangan. Ia berlaku sewaktu perang dunia kedua.

Seorang prebet tidak berpuas hati lalu terus bertanya sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga dia memperoleh jawapan serupa.

Prebet itu bertanya lagi, “Tuan, tiga kali saya tanya tuan tetapi tuan tetap berikan jawapan serupa, kenapa begitu tuan?"

Lalu jeneral berkata, “Kalau kamu mahu jadi seperti saya, kamu mesti berfikir seperti saya, berjalan dan bercakap seperti saya, tindakan kamu pastinya juga seperti saya. Kamu hanya boleh jadi seperti saya sekiranya kamu lalui jalan yang saya lalui. Kalau kamu lalui jalan berbeza, kamu akan sampai ke destinasi yang berbeza.”

Lalu pemuda itu melakonkan setiap watak jeneral dalam kehidupan hariannya. Kira-kira 20 tahun kemudian, prebet itu berjaya merealisasikan matlamatnya menjadi seorang jeneral dalam pasukan tentera Amerika.

Menurut Dr Tengku Asmadi, bagi pelajar, mereka harus bertindak seperti pelajar cemerlang di sekolah.

“Mengurus masa, membabitkan diri secara aktif serta berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti, mereka akan memperolehi apa yang dicapai pelajar cemerlang lain.

“Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakon itu hari ini, Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya.

“Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulama, peguam dan sebagainya. Orang lain akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat.

“Sebenarnya, untuk berjaya kita mesti mula berlakon hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Fikir seperti mana mereka berfikir, bercakap, bergaya dan bertindak seperti mereka.

“Lama-kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian. Ia akan menjadi sikap baru dalam diri kita. Kita akan dapati mereka di sekeliling kita menyedari yang kita kini bersikap positif.

“Setiap kebaikan yang bakal diperoleh hasil lakonan positif membuatkan kita tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif kita sekarang. Kita pula mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru,” katanya.


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

AGAMA, MORAL ASAS BENTUK KELUARGA BAHAGIA


AGAMA, MORAL ASAS BENTUK KELUARGA BAHAGIA

KELUARGA sihat dibina atas asas dan amalan agama yang kukuh, kasih sayang, hormat menghormati, bersefahaman, tolak ansur serta tanggungjawab.

Nilai agama dan moral adalah penting untuk kehidupan berkeluarga yang sejahtera.

- Bagaimana mengamalkan nilai agama dan moral dalam keluarga?

Tetapkan matlamat jelas sebelum berkahwin kerana ia adalah satu komitmen dan pelaburan sepanjang hayat.

Pilih pasangan hidup dengan bijaksana.

Lakukan perubahan dalam keluarga dengan bijaksana.

Hormati ibu bapa kerana restu mereka menjamin keredaan Tuhan dalam kehidupan berkeluarga.

Berkongsi tanggungjawab dan saling bekerjasama dalam keluarga.

Memperakui dan menghargai sumbangan ahli keluarga.

Jadikan diri sahabat dan contoh yang baik kepada keluarga.

- Didik anak mengikut zamannya

Amalkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian dengan menjadikan rumah sebagai syurga yang penuh dengan kasih sayang dan kedamaian.

- Memupuk sokongan sosial

Keluarga sihat sentiasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat. Masyarakat yang bertanggung jawab dan bersikap sivik bermula daripada keluarga yang sihat.

- Amalan yang memupuk sokongan sosial

Membantu ahli keluarga dan kawan dalam kesusahan di samping memupuk semangat kejiranan.

Menyeru kepada kebajikan dan mencegah kejahatan dalam masyarakat. Setiap keluarga berperanan mengawasi ahli keluarga daripada pengaruh negatif.


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

DUGAAN CINTA JARAK JAUH


DUGAAN CINTA JARAK JAUH

PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.




Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

GALAK ANAK BERDIKARI


GALAK ANAK BERDIKARI

MENDIDIK anak supaya dapat berdikari sememangnya memerlukan komitmen dan jangka waktu lama. Ibu bapa perlu mematangkan mereka dengan suasana yang baik, di samping memainkan peranan sendiri.

Kepentingan anak-anak berdikari memang diketahui ramai ibu bapa. Anak-anak matang bertindak dan menimbang baik buruk sesuatu perkara. Tahan lasak apabila diuji dengan dugaan hidup.

Tentu sekali ibu bapa tidak mengingini anak malas, lemah jiwa dan pendek akal walaupun sudah dewasa.

Renungkan petua berikut bagi membentuk anak supaya bijak merancang, ringan tulang dan kuat jiwa:

Galakkan anak membantu

Anak sewajarnya digalak membantu ibu bapa dalam meringankan tugas di rumah. Apapun, menyuruh mereka bukanlah dengan nada memaksa sebaliknya dengan suara lembut dan meminta bantuan. Waktunya pula hendaklah bersesuaian.

Sekiranya anak sedang mengulangkaji pelajaran, tidak wajar menyuruh mereka menguruskan kerja rumah. Anak perempuan boleh diminta mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk atau menghidang makanan.

Anak lelaki pula boleh diminta membersihkan halaman ataupun membasuh kereta. Sebagai panduan, jangan membebankan anak dengan tugas berat yang tidak mampu dilakukan. Jangan lupa ucapkan terima kasih atas pertolongan mereka.

Biasakan anak urus diri sendiri

Anak yang mula memasuki alam persekolahan sewajarnya diajar cara terbaik untuk mengurus diri. Mereka wajar diasuh agar pandai mengemas bilik tidur, berpakaian kemas dan sentiasa kelihatan bersih. Jangan sesekali biarkan mereka comot, kotor dan selekeh semasa di rumah mahupun di sekolah.

Biasakan cara hidup sederhana

Biasakan anak dengan cara hidup sederhana walaupun kita mampu memberikan kemewahan. Kemewahan akan menyebabkan mereka sentiasa mengharap, malas berusaha dan lemah jiwa. Sebagai contoh, galakkan mereka agar sentiasa berjimat cermat dan menabung wang lebihan belanja harian.

Asuh anak suka membantu orang

Anak perlu diasuh menolong orang yang memerlukan. Secara tidak langsung, mereka dapat memahami sedikit sebanyak hakikat kehidupan yang tidak selamanya menjanjikan bahagia dan kesenangan. Dengan itu, anak sentiasa berwaspada dalam hidupnya serta matang menilai dan menyelesaikan masalah.

Ajar kemahiran hidup

Anak juga boleh diajar menjahit, berkebun atau memperbaiki sebarang kerosakan kecil. Sememangnya, pendidikan sebegini sudah diperkenalkan di semua sekolah. Namun, menjadi peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak mengamalkan ilmu yang mereka miliki.

Setiap kerja itu pula, perlu diawasi untuk mengelakkan sebarang bahaya.

Kanak-kanak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Dia juga yakin dengan kebolehannya. Inilah cara membantu anak berakhlak mulia.

Jika latihan itu disertai dengan nasihat secara hikmah, insya-Allah anak akan memiliki pekerti dan hati yang baik.




Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

PERSEKITARAN RANGSANG MINDA ANAK


PERSEKITARAN RANGSANG MINDA ANAK

SUASANA pembelajaran termasuk memanfaatkan persekitaran antara kaedah menarik yang boleh digunakan bagi merangsang pembelajaran kanak-kanak.

Menurut Naib Presiden Kolej Universiti Help, Dr Goh Chee Leong, merangsang anak-anak belajar tidak semestinya memerlukan belanja besar.

Katanya, memadai jika ibu bapa pandai memanfaatkan apa yang ada dalam rumah manakala persekitaran memberangsangkan turut menjadi pemangkin kepada perkembangan minda anak.

"Dalam mengasah anak berfikir secara logik, boleh digunakan apa yang ada dalam rumah misalnya kotak warna atau meja untuk melukis yang juga membantu merangsang kecerdasan mereka.

"Lakonan drama atau sketsa juga antara kaedah berkesan boleh diguna pakai. Apabila minda mereka dirangsang ke arah berfikir secara logik, ia turut membentuk sahsiah diri.

"Tidak kurang penting, ibu bapa harus bersifat membantu merangsang minda kerana dari situ proses pembelajaran bermula," katanya ketika majlis pelancaran Dunia Pembelajaran Efektif Dutch Lady di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Goh juga menyarankan ibu bapa supaya lebih kreatif dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

"Apa yang penting, biarlah apa yang dilakukan untuk anak belajar atau bermain itu dibuat bersama. Ertinya, ibu bapa turut belajar dan merangsang anak secara bersama.

"Selaras dengan itu, empati anak dan kebolehan ibu bapa melihat serta memahami perasaan dari sudut pandangan anak amat penting untuk difahami atau dipelajari.

"Yang terpenting, ibu bapa seharus berusaha menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan positif," katanya.

Ada tujuh pelan acara yang diterapkan dalam Dunia Pembelajaran Efektif Dutch Lady berkenaan.

Menerusi pelan terbabit, pelbagai teknik boleh dipelajari dalam meneroka keindahan belajar melalui dunia si manja ke arah pembelajaran lebih berkesan.

1- Langkah pertama

Berjalan mudah bagi orang dewasa tetapi tidak bagi si manja. Bagi anak-anak, berjalan memerlukan koordinasi kompleks antara tangan, kaki dan keseimbangan. Modul ini mengingatkan ibu bapa untuk beri galakan kerana lama-kelamaan anak akan tahu caranya.

- Mempelajari bahasa baru

Kanak-kanak dianggap setahun jagung sukar memahami perkataan tertentu dan ia adalah bahasa baru. Amat penting bagi ibu bapa bercakap dengan perlahan dan terang. Ia membantu anak mengenal perkataan dengan lebih baik. Perlu sabar dan jangan mengharapkan anak memahami segala pertuturan kita.

- Bakat menulis

Modul ini mengingatkan bahawa 'insan kerdil' memegang pen dan menulis amat besar cabarannya. Tidak hairan anak membuat kesilapan ketika belajar menulis atau melukis. Beri masa melakukannya beransur-ansur.

2 - Makan dengan betul

Modul ini mengajar si manja mengawal diri daripada menumpahkan makanan. Menyuap makanan sendiri memerlukan koordinasi tangan dan mata. Perlukan masa untuk latihan dan sokongan keluarga.

- Membina kesabaran

Butang-butang sudah dibentuk bagi melatih anak belajar berpakaian sendiri. Kanak-kanak pada peringkat umur ini mahu melakukannya sendiri. Sebagai ibu bapa, beri galakan dan ajar mereka bersabar.

- Membina keyakinan diri

Modul ini mengingatkan ibu bapa bagaimana segalanya seolah-olah sesuatu yang menakutkan sewaktu kita kecil dan perabot adalah besar. Kemudian baru sedar, bagaimana memanjat naik atau turun daripada sofa itu boleh dianggap satu pencapaian.

3 - Setiap si manja adalah unik

Satu modul untuk mengetahui betapa uniknya si manja. Segelintir mereka begitu berani dan ada yang bersifat waspada, ia berbeza mengikut personaliti. Bagi yang suka mengambil risiko, sarankan betapa pentingnya keselamatan. Bagi yang berhati-hati, galakkan mereka mengambil cabaran, jangan takutkan kegagalan.

- Matematik mini

Modul ini mengajar bahawa membahagikan sesuatu ke dalam kumpulan adalah perkara biasa misalnya membahagikan sesuatu mengikut warna, saiz atau bentuk. Pembelajaran harus digalakkan bagi membentuk perkembangan Matematik dan bahasa mereka.

- Sentuhan muzik

Mempelajari alat muzik bukanlah mudah. Apabila anak menunjukkan minat, mereka memerlukan galakan untuk penghayatan. Anda perlu bersabar jika mereka melakukan kesilapan.

4 - Cipta dunia pembelajaran anda sendiri

Suasana atau persekitaran kondusif mampu menggalakkan si manja belajar dengan lebih berkesan.

- Bilik tidur

Bercerita sebelum tidur

Baca buku cerita kepada si manja sebelum tidur bagi mengembangkan kemahiran bahasa mereka. Cerita akan menarik dan memperkenalkan perbendaharaan kata yang baru, mengajar struktur ayat serta memberikan maklumat berguna untuk kehidupan dan bukan memaksa mengingati perkataan.

- Kad imbas

Kad imbas mengandungi perkataan, gambar adalah teknik terbaik membantu memudahkan interaksi anak dan ibu bapa.

- Anak patung sarung kaki

Anak berusia setahun rendah daya tumpuannya. Modul ini menunjukkan betapa berkesannya anak patung sarung kaki dalam menarik perhatian si manja.

- Cermin

Alat yang digunakan supaya anak belajar mengenai penampilan diri bagi perkembangan intelektual anak. Ajuk ekspresi ibu bapa di depan cermin dan anak akan belajar makna ekspresi itu.

5 - Ruang keluarga dan ruang makan

- Bermain doh

Sikap meradang dan kedegilan terbentuk akibat kekecewaan untuk berdikari tetapi tersekat kerana perbendaharaan kata serta kuasa terhad. Keinginan autonomi ini dibentuk secara positif melalui aktiviti tangan seperti membina model doh.

- Permainan minda (sorok dan cari alat mainan)

Bantu minda si manja (usia dua dan tiga tahun) membina minda kerana pada usia ini mereka mula memahami perkataan atau gambaran minda. Mereka kurang mampu berfikir secara abstrak dan memerlukan imej sebenar.

Permainan boleh membantu si manja mengasingkan objek dalam pelbagai cara sambil meningkatkan ingatan.

6 - Sekolah malam

Modul ini membiarkan sifat ingin tahu si manja kerana ia proses pembelajaran. Bawa si manja keluar, tunjukkan bulan dan bintang kepada mereka. Pasti mereka bertanya pelbagai soalan kerana sifat ingin tahu mereka. Ia aspek menyeronokkan dan boleh belajar bersama-sama.

7 - Taman ilmu

Ia juga berkesan walaupun hanya berjalan-jalan di taman atau alam semula jadi. Pembelajaran tidak semestinya diperoleh daripada buku. Mencari sesuatu di taman secara berkeluarga menggalakkan si manja prihatin di samping turut membina kemahiran bahasa.



Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

BIARKAN ANAK MEMBESAR MENGEJAR IMPIAN, TEGUR JIKA SALAH


BIARKAN ANAK MEMBESAR MENGEJAR IMPIAN, TEGUR JIKA SALAH

ANAK-ANAK zaman teknologi maklumat dikatakan hidup penuh kemodenan dan menuntut sesuatu di luar jangkauan ibu bapa.

Adakala mereka merungut ibu bapa kurang memahami kehendak dan naluri mereka.

Konflik yang timbul apabila ibu bapa pula menuduh anak-anak tidak mendengar kata bahkan mengingkari suruhan mereka.

Jurang yang ada kadangkala membentuk perbezaan ketara antara kedua-dua generasi berkenaan.

Ibu dan bapa dipinta supaya memahami anak-anak misalnya dari segi impian sebenar anak, memberi mereka peluang dan ruang memilih cara hidup sendiri.

Jika tidak betul, tegur mereka di samping jelaskan langkah yang tidak wajar dilakukan itu. Teguran yang baik lazimnya memberikan kesimpulan yang sempurna.

Biarlah anak-anak membesar dengan mengejar impian mereka yang sememangnya diidamkan sejak kecil lagi. Bagi anak-anak yang mempunyai ibu dan bapa yang memahami situasi mereka, jangan ambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan keluarga.

Berikut antara petua yang mungkin boleh dijadikan sandaran ibu bapa dalam membentuk anak-anak dan begitu juga sebaliknya.

Petua bagi ibu bapa:

- Jadikan anak anda sebagai rakan, tetapi biarlah ada batasnya.

- Sering bercerita mengenai kehidupan sebenar kepada anak-anak.

- Jangan didik anak dengan serba kemewahan, biarkan mereka berdikari sendiri untuk mencari sesuatu.

- Ajar anak-anak cara melakukan sesuatu kerja seperti membersih rumah, memasak atau membeli barang.

- Didik anak dengan ajaran agama secukupnya.

Petua bagi anak:

- Jangan membuatkan bapa dan ibu risau mengenai diri anda.

- Jika hidup merantau, sering hubungi keluarga dan bertanya khabar. Apabila pulang ke kampung, bawalah buah tangan ringkas. Keluarga tidak memerlukan barangan mewah, yang penting adalah kepulangan anda.

- Ajak bapa dan ibu keluar membeli-belah bersama. Bagi mereka yang sudah bekerja, keluarkan perbelanjaan menggunakan duit anda sendiri.

- Jika ada duit lebih, ajak bapa dan ibu melancong bersama.



Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

BERKAHWIN PAHALA, KUKUH IMAN


BERKAHWIN PAHALA, KUKUH IMAN

BENARKAH jodoh bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang? Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanannya namun andainya jambatan itu pendek, barangkali cepat jodohnya.

Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat untuk bertemu jodoh. Mereka yang berusia 35 tahun pula tidak perlu gundah jika belum bertemu jodoh kerana sepanjang usia berkenaan digunakan untuk membina kecemerlangan.

Bahkan ada yang sudah mencecah 40-an, tetapi jodoh belum juga tiba.

Namun, tidak berputus asa menjadi asas terbaik buat wanita. Jika terlalu memikirkan soal jodoh sehingga mengganggu perasaan, ia bukanlah sesuatu yang baik.

Bagi wanita yang berpandangan jauh, boleh saja menyatakan pada diri bahawa ia semua ketentuan takdir dalam soal rezeki, jodoh mahupun ajal.

Katakan kepada diri bahawa jodoh anda mungkin belum sampai lagi.

Nyatakan perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah Maha mendengar.

Selain itu, beberapa perkara perlu difikirkan untuk renungan wanita yang belum bertemu jodoh.

Ingatlah wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.

Persoalannya, apakah anda sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar isteri atau ibu? Sudahkah bersedia menjalani pelbagai rintangan hidup berumahtangga?

Berikut adalah falsafah dan firasat mengenai jodoh serta hidup berpasangan buat renungan mereka yang enak dibuai perasaan:



- Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Perkahwinan juga demikian.

Ia baik sebab dibenarkan agama dan sunnah Nabi sebagai saluran betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah, tetapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

- Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

- Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

- Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

- Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.

- Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.



Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

UBAH SIKAP, BERSEMANGAT, PETUA LEBIH CERIA WALAUPUN JIWA BERGELORA


UBAH SIKAP, BERSEMANGAT, PETUA LEBIH CERIA WALAUPUN JIWA BERGELORA

PERNAHKAH anda rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila dimarahi ketua juga marah apabila disisihkan rakan sepejabat?

Sekiranya anda seorang pelajar, barangkali rasa malu menyelinap diri apabila dileter guru.

Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila perniagaan merudum atau rakan sekerja kurang memberikan kerjasama hingga menyebabkan pelbagai masalah lain melanda.

Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?

Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

-Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”

-Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.

-Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.

-Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.

-Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.

-Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.

-Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk.

-Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.

-Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan di akhir bulan dan seumpamanya.

-Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.

Petua berikut boleh digunakan untuk memotivasikan diri:

1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.

2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.

Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling.

Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.

3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.

Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.

4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.

5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.

Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.



Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

KENALI BUDI PEKERTI WANITA YANG DICINTAI


KENALI BUDI PEKERTI WANITA YANG DICINTAI

PERNAHKAH anda dilamun satu perasaan yang agak aneh dan mula membayangkan seseorang dalam hidup? Ketika terbuai perasaan dan tumbuhnya di celah-celah naluri keremajaan, ia begitu istimewa.

Sesaat teringatkan si dia dan pada masa sama terus dibuai kerinduan menggila, apakah itu yang dinamakan cinta?

Bagi yang tidak pernah dihimpit perasaan sedemikian, bersedialah untuk menyelami sekali gus mengurus perasaan cinta yang menghampiri.

Mampukah ditolak datangnya cinta apatah lagi kehadirannya tanpa diundang umpama pencuri.

Cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati.

Memang perasaan itu tidak boleh ditahan dan dibendung.

Cuma, berlaku jujur ketika menyalurkannya mengikut kehendak syariat.

Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan untuk membuatkan diri tergelincir kepada kemungkaran.

Baik lelaki mahupun perempuan, jika perasaan itu baru saja muncul di sudut hati, barangkali ramai yang masih berteka-teki akan teman yang mulai disukai itu.

Jika anda lelaki yang baru hendak berjinak-jinak mengenali golongan hawa, kenalilah personaliti diri mereka sebagai panduan.

*Sensitif

Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi perempuan hanya ingin bermanja dan sekadar ingin mendapat perhatian.

*Cerewet

Bukan bermaksud cerewet tidak tentu hala, adakalanya si perempuan ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali-sekala.

*Halus

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut, mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang perempuan terkenal sebagai seorang pemaaf yang memaafkan orang lain atas sebab kesalahan, biasanya perempuan akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

*Ikhlas

Ikhlas seorang perempuan tidak perlu diragui.

*Korban

Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Perempuan amat tabah.

*Prihatin

Perempuan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

*Manja

Walaupun dia adalah seorang perempuan yang pandai berdikari, naluri kaum hawa masih lagi tetap seorang perempuan. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki namun juga sesama kaum.

*Ego

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

*Cinta

Cinta pertama bagi wanita lazimnya adalah cinta yang paling dalam dan tulus.

*Seks

Seks bukanlah segala-galanya kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Nafsunya banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.





Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

TUKAR EMOSI


TUKAR EMOSI

Menukar emosi negatif kepada emosi positif adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran boleh dipelajari oleh sesiapa saja termasuk Anda dan saya.

Menukar emosi negatif kepada yang positif sekelip mata adalah sama seperti kemahiran memandu, berenang, menaip dan memasak. Ada orang melakukannya dengan cukup baik sekali, lancar saja.

Ada orang buat tak berapa baik, sedikit lambat dan merangkak-rangkak. Pendek kata, tahap penguasaan berbeza. Ada yang OK, ada yang biasa-biasa saja.

Oleh kerana berbeza, Anda boleh jadikan kemahiran menukar emosi semakin cekap dari tahap penguasaan emosi Anda sekarang ini. Bagaimana caranya?

Berlatih, berlatih, berlatih. Berlatih menukar emosi negatif kepada yang positif tiap kali Anda sedar yang Anda sedang berada dalam emosi negatif.

Kenal pasti emosi-emosi negatif tatkala Anda di dalam satu-satu situasi, di mana-mana jua, bila-bila masa.

Bila dah kenal pasti emosi-emosi negatif ni, cepat-cepat tukar kepada emosi positif. Lepas tu kekalkan emosi positif tadi selama mungkin seboleh yang mungkin sepanjang hari. Bila dah kekal dalam emosi positif, barulah ada kegembiraan dalam diri Anda.

Anda perlu mengawal semua yang bermain di kepala Anda supaya sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda juga kena tahu membezakan mana satu fikiran yang baik (fikiran positif) dan mana satu fikiran buruk (fikiran negatif).

Kawal hidup Anda dengan selalu mengawal apa yang bermain di fikiran. Ia adalah tanggapan Anda tentang sesuatu benda, seseorang, sesuatu perkara atau sesuatu keadaan.

Dalam fikiran itu, Anda biasanya memasukkan emosi baik atau buruk, bergantung pada persepsi Anda apabila melihat sesuatu situasi.

Sebab mengapa orang-orang berjaya jarang tengok berita adalah kerana berita-berita buruk seperti gempa bumi, jenayah, rogol, kes bunuh atau percanggahan politik akan membangkitkan emosi-emosi negatif serta merta.

Emosi negatif seperti Kesal, kecewa, marah, dendam, sakit hati timbul secara automatik tiap kali mereka melihat, membaca atau mendengar berita sebegitu walaupun sedikit.

Mereka tak nak emosi positif yang nak dikekalkan sepanjang masa diganggu oleh emosi-emosi negatif. Bila terasa fikiran mereka mula dimasuki emosi negatif, mereka akan tukar cepat-cepat kepada emosi positif dalam masa satu saat. Beginilah cara orang-orang berjaya membina kemahiran tukar emosi.

Anda boleh lakukan perkara yang sama. Disiplinkan diri, cuba kawal emosi yang bermain di kepala Anda.

Tukar emosi negatif kepada yang positif. Berlatih, berlatih dan terus berlatih! Kuatkan semangat.



Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...