“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

BETUL KE KEK SECRET RECIPE HARAM?



Salam semua pembaca-pembaca blog yang saya kasihi. Hari ini adalah hari Jumaat penghulu segala hari. Semoga mendapat berkat, InsyaALLAH. Pagi tadi saya ada membuka emel dan saya sangat terkejut membaca artikel yang mengatakan SECRET RECIPE itu HARAM. Astaghfirullahalazim, sungguh tak percaya. Saya memang dah lama nak beli kek ni, sampai la ke hari ini tak berpeluang hendak beli, Serius ni memang tak pernah makan. Sampai satu hari tu saya nak sambut hari lahir adik nak beli kek SECRET RECIPE siap pergi ke jusco bawa keluarga saya, untuk sambut hari lahir adik saya yang bongsu. Sanggup ke jusco, masa tu memang tengah cuti sekolah ramai betul orang. Tapi menemui kehampaan sebab kek dekat SECRET RECIPE tu semua habis. Terpaksa cari kek lain, kempunan nak makan kek SECRET RECIPE tu. 

Sekarang ni dah boleh dapat sebab dekat dengan tempat saya, ada buka cawangan baru. Dari hari ke hari nak pergi beli, pun masih tidak kesampaian sampai la ke hari ini, dan terbaca pula emel berkaitan KEK SECRET RECIPE ini HARAM. Astaghfirullahalazim, patutla saya hendak beli asyik tidak kesampaian, mungkin itu petunjuk buat saya, alhamdulillah. 

Berikut saya ingin kongsikan kandungan artikel, yang saya sendiri copy paste dari blog Pakarhowto dan blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mudah-mudahan kita sama-sama ambil perhatian secara serius, tiada KOMPROMI dalam bab HALAL & HARAM. Sudah macam-macam makanan sekarang menggunakan enzim babi. Kenapa perlu macamtu bukan ke Malaysia negara Islam, tak faham dengan dunia sekarang. Kalau rasa was-was baik tak payah makan, sebab ia akan menjadi shubhah, yang akan menjadi darah daging kita, mudah-mudahan kita dijauhkan.

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Syarikat tersebut adalah:
  • Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )


Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.

p/s- Sekarang ni saya dah tak rasa nak makan KEK SECRET RECIPE lagi...

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

0 si comel rama-rama:

Post a Comment

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...