“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

Showing posts with label ANAKKU. Show all posts
Showing posts with label ANAKKU. Show all posts

PERTANDINGAN BAYI COMEL

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua nya. Sudah lama saya menyepi sibuk menguruskan hal-hal peribadi. In sha Allah saya akan cuba meluangkan masa nanti. Catatan saya kali ni saya nak minta tolong semua pembaca 'like' pic kat bawah ni. Mohon sokongan semua. Tapi sebelum tu semua yang nak 'like' perlulah berdaftar di 'fb' masing-masing. Ada dua sokongan yang saya perlukan dari semua. Di bawah ni ye :)

PERTAMA

Assalamualaikum & Hello all my friends, Kaifa halukum? Ana Bikhair alhamdulillah :). Nama ana Hazim. Jom tolong KLIK pic hazim & LIKE. Senang je KLIK LINK & LIKE. TQVM
1) KLIK LINK
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=464702390252385&set=a.464208873635070.109068.438795062843118&type=3&theater


2) LIKE
3) TQVM


KEDUA

Assalamualaikum & Hello.
Hazim kembali lg dgn menyertai contest.

Pertandingan "Baby Comel"

Mohon pertolongan semua untuk beri sokongan.
Jom ramai-ramai vote untuk Hazim!
Ajak sahabat yang lain sekali.
TQVM
Ikut step ni:

1) LIKE page: https://www.facebook.com/Babykhalish
2) LIKE LINK: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=479669792098630&set=a.478002318932044.115359.275320585866886&type=3&theater



Ok. fahamkan. Terima kasih tidak terhingga bagi yang sudi 'like' semoga Allah membalas jasa baik semua. ~LOVE~

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

ANTARA KEKASIH DAN IBU BAPA. SIAPAKAH PILIHAN ANDA??

Saya ada seorang kawan, namanya Ain (bukan nama sebenar) yang merupakan teman sebilik saya dan kami sekarang sedang mabuk bercinta dengan seorang lelaki, Asrul (buka nama sebenar). Dahulu saya dan Ain merupakan teman yang sangat rapat, tetapi sejak kehadiran Asrul, Ain sudah berubah dengan ketara. Saya sangat risaukan dia memandangkan pelajarannya sering diabaikan dan lebih banyak melayani teman lelakinya setiap hari.

Masa mereka lebih banyak dihabiskan bersama di luar tanpa mengulangkaji pelajaran. Di bilik pula, mereka akan saling membalas SMS sehingga lewat malam. Entah apa yang mereka bualkan saya tidak tahu, tetapi saya pasti bukan tentang pelajaran memandangkan Ain tidak memegang pen dan tiada buku padanya untuk mencatat.Ain pernah ceritakan pada saya bahawa dia tak mahu menghampakan ibu bapanya dalam pelajaran dan ingin berusaha bersungguh-sungguh. Sebelum ini dia memang seorang yang tekun. 

Namun, kehadiran Asrul telah mengubah sikapnya. Ain seolah-olah telah melupakan ibu bapanya dan hanya mendengar cakap teman lelakinya sahaja.Saya juga tidak senang dengan sikap si Asrul memandangkan dia merupakan seorang yang suka mengawal Ain. Ke mana sahaja Ain pergi, perlu memberitahunya walaupun sekadar ke tandas. Jika tidak, dia akan marah-marah sehinggakan sering terjadi pergaduhan antara mereka. Apabila hal ini terjadi, Ain seolah-olah terpukau dan akhirnya menurut sahaja kata-kata Asrul dan berbaik semula dengannya.

Saya telah nasihatkan Ain supaya tinggalkan Asrul. Malangnya, ketika Ain bertekad meninggalkannya, Asrul berpura-pura gila sehinggakan atas nama kemanusiaan Ain kembali padanya. Saya buntu. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan bapa Ain dan beliau telah melarang Ain bersama dengan Asrul. Tetapi, dalam diam Ain kembali kepada Asrul.

Apakah yang ingin diterangkan di sini ialah

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

5 TIP MUDAH AJAR ANAK





Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat si kecil ini.
Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang. Dengan ini usaha untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang beberapa bimbingan dilakukan pada usia seperti ini. Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

15 CARA AJAR ANAK BERBUDI BAHASA





Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Dan usia tiga sehingga 5 tahun adalah waktu utama untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.

1. Erti rasa hormat.  Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan perkara sama kepada orang lain.


2. Berkongsi permainan. Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.


3. Praktik perkataan kesopanan. Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.


4. Ucapan meminta maaf. Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.


5. Memberi pujian. Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

JOM ADIK-ADIK BELAJAR ABC




Salam semua dah lama saya tak update blog kan. Maaf la saya tersangat la buzy. Dengan mengajar kelas komputer yang sentiasa ada sahaja pelajar yang datang belajar, dari Pengerang, Sungai Mas, sekitar Bandar Penawar pon ada, Dari Kuala Lumpur pon ada. Maklum la percuma dapat sijil daripada SKMM, siape yang tak nak kan. Berpusu-pusu yang datang alhamdulillah.


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...