“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

Showing posts with label BANDAR PENAWAR/DESARU. Show all posts
Showing posts with label BANDAR PENAWAR/DESARU. Show all posts

JOM KE TEMPAT SAYA


JARINGAN PENGANGKUTAN

Bandar Penawar adalah destinasi yang amat mudah dikunjungi. Dengan infrastruktur jalan raya yang lebih baik, penduduk dari luar hanya perlu mengambil masa kira-kira hampir satu setengah jam sahaja untuk sampai, menggunakan laluan Johor Bahru-Kota Tinggi. Terdapat kemudahan pengangkutan seperti teksi dan Bas Mara Liner yang lebih memudahkan untuk ke Bandar Penawar.

Manakala penduduk dari Singapura pula boleh menggunakan feri yang berpengkalan di Kompleks Terminal Feri Tanjung Belungkur. Kompleks Terminal Feri ini telah mula beroperasi pada Mei, 1993. Dengan laluan Tanjung Belungkur-Changi, pelancong dari Singapura dapat sampai ke Bandar Penawar dalam tempoh anggaran 1/2 jam sahaja.

Sehingga akhir tahun 1993, dicatatkan bilangan pelancong yang telah menggunakan feri dari kompleks terminal feri ini adalah seramai 23,454 orang, yang mana kebanyakannya adalah pelancong dari Singapura.



Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

INFRASTRUKTUR


INFRASTRUKTUR

Sebagai sebuah bandar baru yang kian berkembang pesat, Bandar Penawar kini telah cukup dilengkapi oleh hampir semua kemudahan awam dan infrastruktur asas. Penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur asas ini telah disediakan lebih awal lagi di kawasan ini dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT).

Sehingga kini, antara kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan di Bandar Penawar adalah seperti masjid, surau, dewan serbaguna, balai raya, kompleks sukan, perhentian bas dan teksi, sekolah, balai bomba, balai polis, pejabat pos, klinik kesihatan, medan selera dan perpustakaan awam.

Satu lagi kemudahan sosial yang telah siap dibina adalah Perpustakaan Awam. Pembinaan perpustakaan ini yang telah diambilalih pengurusan sepenuhnya oleh Perpustakaan Awam Negeri pada 28 Mac 2005 yang lalu, mampu menarik lebih ramai penduduk ke Bandar Penawar untuk mencari bahan rujukan dan sumber ilmu serta kemudahan ICT juga disediakan untuk pelajar dan komuniti. Dengan adanya kemudahan ICT pelajar dan komuniti tidak mengira bangsa atau usia mereka semua boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan diantaranya Internet, Office, Cetakan dan dan sebagainya. Mereka juga boleh mengikuti Kelas Komputer secara percuma. Terdapat juga wireless untuk pengguna Wifi.

Bagi kemudahan riadah dan rekreasi penduduk juga tidak dilupakan. Taman Tasik Penawar yang dibina di bawah program pengindahan bandar dan penempatan merupakan di antara kawasan rekreasi yang cukup menarik untuk dikunjungi di Bandar Penawar.


Bandar ini mempunyai sekolah yang terkenal iaitu Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Bandar Penawar.

Selain itu bandar penawar telah menjadi tempat belajar untuk pelajar-pelajar yang ingin belajar di Bandar Penawar seperti INSTEDT, KOLEJ KOMUNITI dan KOLEJ PROFESIONAL MARA. Dengan adanya kolej tersebut meramaikan lagi jumlah pelajar di Bandar Penawar.



Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

TEMPAT SAYA


BANDAR PENAWAR



Bandar Penawar merupakan sebuah bandar di daerah Kota Tinggi, Johor.

Bandar Penawar merupakan sebuah kawasan bandar baru yang terletak di bahagian selatan negeri Johor, iaitu berkedudukan di tengah-tengah Wilayah Kecil Pengerang.

Nama Bandar Penawar diambil bersempena dengan nama sebuah tanjung iaitu Tanjung Penawar yang terletak tidak jauh dari kawasan Bandar Penawar.

Kawasan Bandar Penawar mula diteroka pada tahun 1972, oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau singkatannya KEJORA yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 75/1972 dan Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972.

Dengan keluasan 1,314.333 hektar, kawasan bandar baru Bandar Penawar ini merupakan sebahagian daripada 300,364 hektar iaitu 16% daripada keluasan Negeri Johor yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk dibangunkan di bawah KEJORA.

Sewaktu diambil alih oleh KEJORA, sebahagian besar dari kawasan ini masih diliputi oleh hutan. Namun begitu, sudah terdapat juga beberapa buah petempatan FELDA berhampiran yang telah dibina lebih awal iaitu pada akhir tahun 1960-an, seperti Gugusan Air Tawar, serta beberapa perkampungan tradisional dan pekan kecil di sepanjang pantai dan Sungai Johor


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...