TAMBAHAN PENDAPATAN
Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah... Ape2 usaha itu penting buat kite semua. Saya ingin menceritakan tentang perniagaan yang dijalankan. Kalau anda semua ingin tahu saya berniaga secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan sekeluarga. Saya berniaga di depan rumah. Kalau ada peluang saya hendak membuka sebuah restoran. Tapi belum ada rezeki lagi. InsyaAllah akan datang. Sama-sama doakan ye. Oklah saya ingin memberitahu perniagaan yang di jalankan antaranya dan yang paling popular hah ! Tentu anda pun suke tapi tak pastilah. Pisang Goreng Panas pehhh ! Kalau sebut ni pasti terliur kan..kan.. ntah-ntah ada yang terus gi beli hehehe.. Oklah bukan itu saje ada pelbagai lagi antaranya ialah Gegendang Kasturi. Ketok Ubi, Kueh Kaswi. Saya rasa tak semua kenal kueh yang saya sebut tu kan. Nanti saya tunjukkan gambar. Kalau kat Johor ni orang makan Goreng Pisang dengan Sambal Kicap yang pedas dan enak terutama kalau Pisang Goreng tu bru lepas goreng mesti tak cukup punye kan..kan.. Tapi kalau kat kawasan utara depa ni takdaq sambal. Hah! Kalau orang Johor ke sana janganla pelik dan mintak sambal nye memang takde.
PISANG GORENG
KETOK UBI
0 si comel rama-rama:
Post a Comment
Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>