“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

PANDUAN SOLAT JAMA' DAN QASAR



Assalamualaikum W.B.T


Baru-baru ini saya dan keluarga pergi bercuti tapi dalam Malaysia sahaja. (hehe) Ok la tu kan? Sekarang ni musim panas terik kan. Alhamdulillah syukur kering baju-baju di ampaian. Jadinya kami pergi bercuti di Cameron Higlands yang sejuk tu. Musim sekarang ni tidakla sejuk sangat kalau malam ye, sejuk sangat-sangat. Ok 'posting' kali ni bukan hendak cerita tentang percutian di Cameron Hihglands mungkin 'next entry' ye. 


Dalam perjalanan jauh atau ke mana-mana sahaja percutian sebagai umat islam kita jangan lupakan Allah paling mudah kita 'berdating' dengan Allah ialah dengan solat. Sangat-sangat wajib. Percutian tidak membataskan kita untuk solat dan bukan alasan untuk kita meninggalkan solat. Jangan risau di bawah ni saya tunjukkan cara-cara bagaimana memendekkan waktu solat dan menghimpun dua sembahyang dalam satu waktu. Jom kita sama-sama tengok dan amalkan cara-caranya, sangat mudah.





SOLAT JAMAKJamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

 

Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat Jamak Takdim :
 

i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

 
Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :
 

i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.


SOLAT QASAR


Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
 

Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya


Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
 

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.


HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :

 

Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar


Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
 

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.
Solat Zohor dan Asar.
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
 
Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

ROMANTIKNYA RASULULLAH MELAYAN ISTERI

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari..

 Bagaimana tahap keromantisan anda dan suami/isteri selepas berumahtangga?

- Masih jalan berpimpin tangan di tempat awam atau sorang jalan di depan dan sorang jalan di belakang?

- Makan kat kedai kadang-kadang bersuap. (Ehem.. Terlebih romantik ni) ;)

- Peluk pinggang masa berjalan

- Kadang-kadang mandi bersama.. (Ni tak perlu sebut la dalam komen, just tanya pada diri je ye.. :) )

- Berikan bunga pada hari istimewa atau tiba-tiba buat surprise pada pasangan anda?

- Suami membukakan pintu kereta buat si isteri...

Dan sebagainya.. Jika masih ada lagi salah satu dari perkara di atas ini yang anda dan pasangan anda masih lakukan.. Alhamdulillah.. Semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat.

Mari sama-sama kita menyulusuri keindahan akhlak Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W dalam melayani Isteri baginda..


Romantiknya Rasullullah SAW Melayan Isteri

Rasulullah merasakan betapa pentingnya bermesraan dengan isteri. Bahasa cinta Rasulullah kepada isterinya banyak digambarkan dalam bentuk bukan lisan hingga baginda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah

1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Ini tercermin dalam hadis beriku: Daripada Atha' bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya: “Mengapa engkau bangkit?” Jawabnya: “Kerana saya haid, wahai Rasulullah.”

“Sabdanya: “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda.” (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur)


2. Memberi wangi-wangian pada auratnya

Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


3. Mandi bersama isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)


4. Disisir isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: “Saya biasa menyisir rambut Rasulullah, saat itu saya sedang haid.” (Hadis riwayat Ahmad).


5. Meminta isteri meminyakkan badannya (Zaman ini mungkin boleh juga dicuba dengan memakaikan losyen dibadan suami ;) )

Daripada Aisyah, beliau berkata: “Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah 'aqabah.” (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir)


6. Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah, beliau berkata : “Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya.

“Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya.” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)


7. Membelai isteri

“Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


8. Tidur di pangkuan isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata: “Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Hadis riwayat 'Abdurrazaq)


9. Memanggil dengan kata-kata mesra 


Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy dan Humaira (pipi merah delima).


10. Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra.

Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: “Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni)


11. Memberikan hadiah.

Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: “Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”

Beliau (Ummu Kultsum) berkata: “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah kepada isterinya. Ia memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan komunikasi bukan lisan kerana bahasa tubuh ini akan lebih berkesan menyatakan cinta dan kasih sayang di antara suami isteri.


Admin : Semoga tips ini dapat dijadikan panduan dan juga pegangan buat kita semua. :)

Gambar Hiasan : Imam Muda Hizbur dan Imam Muda Asyraf bersama Zaujah masing-masing.

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...