“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

TIPS PEMBENTANGAN MEMIKAT


TIPS PEMBENTANGAN MEMIKAT

Biasanya, sebut saja pablik speaking (public speaking), mesti takut, gemuruh, naik berpeluh satu badan. Kenapa ya? Sebab kita tidak biasa berucap di depan ramai orang walaupn keluarga juga rakan-rakan.
Sebab? Kita jarang berdepan ratusan orang! Kita lebih selesa mengelak, memerhati dari jauh. Macam-macam perasaan ada jika dijemput berucap. Jangankan berucap di depan ratusan orang, membuat pembentangan di kelas sendiri pun takut-takut, segan pun ada.
Adakah ini salah satu masalah Anda? Bagaimana nak mengatasinya? Cara paling baik nak melawan apa yang kita takut, adalah dengan mendepani rasa takut tu, kemudian buat.
Misalnya, jika kita takut hantu, cara nak mengatasi masalah ni adalah dengan cari kat mana hantu ada, lepas tu, berdiri berdepan dengan hantu sebanyak yang mungkin, sekerap mungkin. Lama-kelamaan takut kita hilang sendirinya, jadi konpiden pulak tiap kali nampak hantu.
Ingat tak rancangan Fear Factor? Setiap peserta ada ketakutan tersendiri, sama ada takut tempat tinggi, takut serangga, takut benda-benda busuk seperti limpa lembu, daging busuk atau takut berada dalam kenderaan laju. Ada yang berteriak macam histeria, ada yang migrain tetiba, menangis, ada yang pengsan serta merta.
Tapi, setiap peserta berjaya mengharungi kesemua ketakutan mereka, bahkan menguasai rasa takut kerana mereka melawan ketakutan sekuat mungkin dengan mengalaminya sendiri, seperti contoh takut hantu di atas. Selepas beberapa minit, mereka sedar yang mereka boleh mendepani ketakutan mereka dengan penuh yakin!
Sama juga dengan pembentangan memikat. Nak memiliki skill pembentangan memikat (terutama untuk pelajar pengajian tinggi atau aktivis), Anda perlu kuasai rasa takut bila berada di depan ratusan orang. Cemana nak kawal rasa takut?
Nantikan artikel seterusnya. Kali ni bukan satu panduan, tapi ada 97 tips pembentangan memikat. Tunggu..


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

0 si comel rama-rama:

Post a Comment

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...