Assalammualaikum kengkawan semua. Apa khabar semua?? Macammana dengan puasa kengkawan..hah ada tinggalkan tak? Harap jangan ada yang disengajakan...di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini sama-samalah kita perbanyakkan ibadah. Rugi tau kalau disia-siakan sebab penuh dengan keberkatan. Walaupun penulisan saya ni agak terlambat da masuk pun ke 13 Ramadhan..wah kejapnya masa berlalu kan. Ada juga yang sedang membuat pelbagai kuih raya dan persiapan hari raya. Tak kisah la tu yang penting ibadah jangan dilupakan walaupun kita sesibuk mana, luangkan masa untuk melakukan ibadah ye..hah harini saya nak bagi tips masa berpuasa insyaAllah kita sama-sama dapat berkatnya. Amin.
1. Jangan Tinggalkan Sahur
Sahur merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa Ramadhan yang sangat disarankan, dalam sebuah Hadist disebutkan bahwa "Bersabda Rasulullah SAW: "Sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkah yang besar". Kenapa sahur penting bagi kita yang menjalankan puasa?, ketika menjalankan puasa tubuh kita tidak mendapatkan asupan gizi kurang lebih selama 14 jam. Untuk itu supaya tubuh dapat berfungsi dengan baik, sel-sel tubuh memerlukan gizi dan tenaga dalam jumlah yang cukup. Untuk menu sahur sebaiknya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi, dan hindari terlalu banyak yang manis-manis.
Mengambil makanan manis diketika sahur akan membuat anda cepat lapar di siang hari. Makanan manis membuat tubuh bereaksi melepaskan insulin secara cepat, insulin berfungsi memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai sumber energi. Sedangkan makan makanan berserat membuat proses pencernaan lebih lambat dan membantu insulin dikeluarkan secara perlahan. Untuk membuat tenaga dari sahur tahan lama, bersahurlah lebih akhir ketika mendekati imsak.
2. Jangan Lambat Berbuka
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga tentunya tenaga kita berkurangan, untuk memulihkan tenaga kembali, ketika berbuka makanlah karbohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandung gula mengembalikan tenaga kita yang digunakan seharian. Tetapi hindari minum ais atau yang bersoda, karana jenis minuman ini dapat membuat pencernaan berfungsi secara tidak normal.
3. Makanlah Secara Teratur
Kebiasaannya setelah mendengar azan magrib, tanpa lengah-leangah lagi kita langsung menyantap habis hidangan yang disediakan diatas meja. Ini bukanlah tabiat yang bagus untuk kesihatan, setelah seharian perut kita tak terisi dan organ cerna beristirahat, sebaiknya jangan langsung menyantap hidangan dalam jumlah besar. ketika tiba waktu berbuka makan makanan manis, seperti kuih muih, atau minum teh panas, dan beristirahat seketika dan menjalankan solat magrib sambil memberi waktu organ cerna kita menyesuaikan. Setelah solat anda dapat boleh kembali makan makanan yang lebih berat seperti nasi dan lauk-pauknya. Dan setelah Tarawih dilanjutkan lagi dengan sesi makan kecil-kecilan.
4. Jangan Tinggalkan Sukan
Menjalankan puasa bukan bererti berhenti bersukan. Jesteru itu aktiviti fizik tetap diperlukan untuk menjaga kelancaran peredaran darah agar kita tidak mudah loya. Namun untuk perkara sebegini pilihlah sukan ringan yang tidak memerlukan tenagai berlebihan, seperti joging atau jalan kaki. Sebaiknya lakukan sukan menjelang waktu berbuka. Selain bersukan Tarawih juga disarankan untuk menjaga kesihatan jasmani, kerana ketika melakukan solat tarawih sama dengan membakar kalori.
5. Minum Air Secukupnya
Air merupakan zat yang sangat diperlukankan tubuh. Lebih dari 60 % tubuh kita terdiri dari air. Untuk menjalankan fungsinya dengan baik setiap organ tubuh kita memerlukankan air. Tanpa air yang cukup tubuh akan mengalami gangguan. Untuk itu perbanyak minum air untuk simpanan dalam tubuh supaya semua organ berfungsi dengan baik. Yang disebut air disini bukan hanya berupa air putih, tapi susu dan teh pun juga termasuk di dalamnya. Supaya keperluan tubuh mencukupi, aturlah agar anda minum lapan gelas air sebelum menjalani puasa esok hari.
6. Kendalikan Emosi
Rasulullah bersabda bahawa puasa itu bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu. Dengan kata lain tujuan puasa adalah mengawal emosi, belajar bersabar dan berupaya mendekatkan diri kepada Tuhan. Secara psikologi ini mempengaruhi mental-spiritual kita, dengan mengendalian emosi membuat jiwa kita tumbuh lebih sihat, dan merasakan kedekatan dengan Allah membuat hati kita damai.
Selamat berpuasa!!! :)
0 si comel rama-rama:
Post a Comment
Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>