Assalamualaikum, kesemua para pembaca dan kawan-kawan yang saya sayangi. Boleh kan saya sayang korang..hehe. Harini saya nak bercerita tentang Nuzul Al-Quran. Saya tau semalam Hari Nuzul Al-Quran, tapi semalam internet buat masalah, jadi tak dapat nak tulis artikel tentang ni. Masih boleh lagi kan saya nak tulis untuk hari ini tentang Nuzul Al-Quran. Boleh la..boleh la..hehe.
Ok. kat bawah ni saya nak menceritakan bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan, dan dengan kejadian tersebut ia dipanggil Nuzul Al-Quran.
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
FORMULA KHATAM AL-QURAN SEBANYAK SEKALI DLM BULAN RAMADHAN :
1 bulan = 30 hari
30 hari = 30 juzuk
1 hari = 1 juzuk
1 hari = 20 muka surat
20 m/s = 5 waktu solat x 4 m/s
1 waktu solat = 4 m/s
Maka baca lah Al-Quran 4 m/s setelah selesai solat fardhu.
Semakin banyak bilangan bacaan Al-Quran selepas solat,bermakna semakin bnyaklah jumlah khatam Al-quran dlm sebulan. SHARING IS CARING. SALAM HARI NUZUL AL-QURAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM. ;)
1 hari = 1 juzuk
1 hari = 20 muka surat
20 m/s = 5 waktu solat x 4 m/s
1 waktu solat = 4 m/s
Maka baca lah Al-Quran 4 m/s setelah selesai solat fardhu.
Semakin banyak bilangan bacaan Al-Quran selepas solat,bermakna semakin bnyaklah jumlah khatam Al-quran dlm sebulan. SHARING IS CARING. SALAM HARI NUZUL AL-QURAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM. ;)
entri yg terbaik..
ReplyDeletefolo ur blog
salam kenal
ReplyDeletesinggah sini terus follow
kalu sudi, mari le follow saya pulak
maceh
^_^
@Sekamar Rindu
ReplyDeletetq..sekadar berkongsi..trm ksh sudi follow..follow u back..
@NM02
ReplyDeletehehe..da tntu la sy sudi..ok da follow..cntik2 tudung..hehe, tq sudi follow n komen..:)