“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

SECRET RECIPE MEMBERI JAWAPAN NYA



Salam sekali lagi. Ok entri yang lepas berkaitan BETUL KE KEK SECRET RECIPE HARAM? Mesti ada pembaca yang tidak puas hati, terkejut atau masih ragu-ragu. Gunakan kebijaksanaan anda. Kerana anda sendiri yang menilainya


Ok saya juga telah pun membaca enrti yang dibuat oleh pihak SECRET RECIPE itu sendri, jadi di sini saya ingin kongsikan bersama kawan-kawan semua.

Apa pun, ingin ditegaskan sekali lagi, kita sebagai orang Islam memang sepatutnya PRIHATIN dan BERHATI-HATI dalam isu makanan ni. Sebab makanan akan jadi darah daging kita. Kalau kita makan yang haram, maka api neraka lah yang layak untuk daging yang tumbuh dari benda yang haram. Jadi, memang patut sangatlah kita untuk mengambil sikap lebih berhati-hati.

Saya sendiri kalau saya ragu-ragu akan sesuatu perkara saya akan meninggalkannya sebab ia akan menjadi darah daging kita. Alhamdulillah ada petunjuk buat saya mengapa sehingga ke hari ini saya masih tidak berpeluang untuk makan dan beli KEK SECRET RECIPE tersebut.

Berikut adalah kenyataan dari Secret Recipe ini. Dan sekarang pilihan di tangan anda, anda yang menilainya dan anda yang mempertimbangkannya.

Statement dari Secret Recipe.

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :
Sumber :

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

1 comment:

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...