“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

15 CARA AJAR ANAK BERBUDI BAHASA





Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Dan usia tiga sehingga 5 tahun adalah waktu utama untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.

1. Erti rasa hormat.  Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan perkara sama kepada orang lain.


2. Berkongsi permainan. Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.


3. Praktik perkataan kesopanan. Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.


4. Ucapan meminta maaf. Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.


5. Memberi pujian. Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

6. Menjadi model mengajar tatatertib kepada anak. Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.


7. Mengungkapkan penggunaan ayat yang betul. Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.


8. Minta kebenaran. Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, “ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil barang kawan tanpa meminta kebenaran.


9. Lakukan kerja rumah. Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu ahli keluarganya membersihkan rumah.


10. Berlatih untuk duduk diam di meja makan. Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.


11. Gunakan perkataan ‘tolong’. Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.


12. Komen. Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”


13. Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan. Jangan membuat bising. Makan dengan sopan supaya tiada makan atau minuman tidak bersepah. Jangan bergaduh di meja makan.


14. Suara. Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan tempat yang perlu bercakap perlahan.


15. Salam. Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu.


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

0 si comel rama-rama:

Post a Comment

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...