Salam kepada semua penulis dan peminat blog yang dikasihi...da lama saya tidak mengemaskini blog, maklum lah sibuk menguruskan keluarga walaupun kami masih belum dikurniakan anak tapi tanggungjawab tetap dijalankan sebagai isteri, betul tak? Tapi saya sentiasa mendoakan semoga kami dikurniakan zuriat secepat yang mungkin. Walaupun Hari Raya Aidilfitri sudah habis tetapi sikap kunjung berkunjung haruslah diamalkan selalu ye..bukan sekadar semasa Hari Raya je, begitu juga sikap maaf bermaafan sentiasalah mengaku salah silap kita sendiri dengan sikap tersebut jiwa kita pun berasa tenang tanpa bermusuhan betul tak??
Oh ape pulak kene mengena dengan HANDFON EK...hehe. Ada la kena mengena korang boleh saling menghubungi sesama lain jika tidak berkesempatan untuk berjumpa, almaklum lah masing-masing duduk pun jauh kan.dunia semakin canggih dengan henfon, internet, 3G dan macam-macam lagi korang boleh berhubung, hendak bermaafan pun boleh kan..kan..ok disini saya ingin memberitahu cara mengetahui NO SIRI HANDPOHONE korang ok. Mana yang sudah tahu tidak mengapalah, saya cuma hendak berkongsi kepada mereka yang tidak tahu menahu. Cara nya begini dail *#06# kemudian 15 digit NO SIRI HANDPHONE akan dipaparkan di skrin korang dan korang boleh la mencatat no siri masing-masing dan simpan.
Hah mesti tertanya-tanya untuk apa kan? Ok ia untuk keselamatan korang juga jika berlaku kecurian handphone. Walaupun handpohone korang dicuri, pencuri tersebut tidak akan dapat menggunakan walaupun menukar kad sim atau menjualkannya. Dengan adanya no siri tersebut mereka yang berkenaan atau pihak atasan boleh blok handphone korang serta merta ok, jadi tidak perlu risau lagi. Selamat mencuba.
0 si comel rama-rama:
Post a Comment
Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>