“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

ADIK SYAFIA DITENDANG SEPERTI BOLA SEPAK



Salam Maulidur Rasul buat semua..minta maaf sebab dah lama tidak update blog ni. sibuk dengan kerja dan mengajar kelas komputer. Maklumlah budak-budak lepasan SPM, masing-masing sibuk duk mencari kelas komputer, siapa yang tak nak kan free dpt sijil pulak tu. Lagipun untuk masa depan mereka juga apabila dapat melanjutkan pelajaran di mana-mana IPT kan. Senang nak buat assignment, kira bekalan tuk diorang juga lah kan. Ops sori lari tajuk pula yek. Jgn marah nanti cepat tua tau..Saya sebenarnya sedih dengan apa yang berlaku ke atas adik Syafia Humairah Binti Sahari 3 tahun yang tidak mengerti apa-apa tapi dibelasah seteruk itu. Astaghfirullahalazim...mengucap panjang sy.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki berkenaan, juga sebagai kekasih ibunya 'naik angin' apabila adik syafia tidak patuh pada arahan, yang menyuruhnya supaya pulang yang ketika itu sedang bermain dipadang sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sebelum diserang, lelaki tersebut memarahi dan membelasah kanak-kanak tersebut tanpa ada rasa sedikit belas kasihan pon.Mula-mula dia tampar pastu tendang bila mangsa jatuh je lelaki berkenaan memijak kepalanya tanpa hirau orang yg ada disekelilingnya. Kanak-kanak tersebut difahamkan meninggal ketika dibawa masuk ke dalam teksi lelaki berkenaan. Kasihankan dengan apa yang berlaku. Janganlah kita terlalu mengikutkan nafsu amarah lihatlah gara-gara sifat amarah yang tidak di kawal inilah akibatnya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Tuhan lebih menyayangi arwah adik syafia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat adik Syafia. Kita baru sahaja menyambut kelahiran Nabi Muhammad S. A. W, sepatutnya kita tunjukkan sifat yg baik yang ada pada Rasulullah, sifat yg penuh dengan kesabaran. Itu yang sepatutnya di ikut. Semoga apa yang berlaku jadikan ia sebagai pengajaran buat kita, yg tidak akan kita ulangi lagi..mudah-mudahan. Kuat kan diri dengan iman di dada.

Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

1 comment:

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...