“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

BENGKEL ICT SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN DAN ICT


Salam semua ape kabar? dah lama saya xupdate blog...haha buzy dengan Program Bengkel yang diadakan...mula-mula saya dijemput oleh Pusat Internet Desa Bandar Penawar tuk menjadi fasilitator. Alhamdulillah diberi peluang, program itu berlangsung selama 10 hari tapi hanya dapat hadirkan diri pada 16,17,18 dan 21 hb November.

16.11.2009
Hari Isnin saya menjadi fasilitator di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Penawar. Bengkel ICT dijalankan untuk pelajar Ting. 3 yang telah habis menduduki PMR, seramai 12 orang fs yang terdiri daripada FS Schoolnet dan Penyelia IT daripada Perpustakaan Jalur Lebar Bandar Penawar iaitu saya sendiri, 2 orang adalah daripada Pusat Internet itu sendiri. Kami dijemput untuk mengajar pelajar-pelajar lbh kurang dalam 30 orang yang mengikuti bengkel tersebut. Bengkel tersebut diadakan di Makmal Komputer sekolah tersebut. Program yang diajar adalah Video cerita atau Digital Story Telling (DST).

Sebelum membuat video, pelajar-pelajar tersebut akan dipecahkan kepada 6 kumpulan dan diwakili 2 FS masing. Dan saya terpilih dalam kumpulan 6. Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu oleh pihak penganjur. Pelajar-pelajar tersebut perlu menulis 6 karangan pendek yang berkaitan berdasarkan 6 gambar pilihan di atas kertas majung atau dipanggil Storyboard. Kemudian sesi memasukkan ayat dimulakan menggunakan program Photo Story. Pelajar tersebut akan memasukkan semua gambar yang dipilih kedalam Photo Story. Setelah itu perubahan pada gambar samaada effect, menulis tajuk, menukar jenis tulisan, warna tulisan, penjajaran tulisan, motion atau pergerakan gambar (transition), merekod suara berdasarkan gambar dan Storyboard yang telah ditulis, kemudian memasukkan muzik yang tidak perlu terlalu kuat sebagai latar belakang. Begitu juga gambar-gambar seterusnya. Setelah siap barulah video tersebut akan disimpan dan di nilai oleh juri. Kemudian dalam pukul 1 pelajar-pelajar di bawa melawat ke Muzium Nelayan Tg. Balau dan disitu juga presentation akan dilakukan. Tapi saya tidak dapat hadir ketika itu kerana mengikut penganjur.


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

2 comments:

  1. assalammualaikum

    patutlah lama tak ada ya...
    alhamdulillah, dapat menabur khidmat

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...trm ksh krn mengikuti perkembangngan sy...alhamdulillah dpt mmbntu...

    ReplyDelete

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...