“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

JUST SHARING.....


Just sharing.....

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat
warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya
lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya
kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku
berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan
batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana
biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota
dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke
masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solatterakhir bagiku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik..."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan ini kepada sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

1 comment:

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...