“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

CIRI LELAKI YANG WANITA HINDARI


CIRI LELAKI YANG WANITA HINDARI

1. Panas baran. lelaki panas baran lah merupakan ciri lelaki yg PALING wanita elak. mustahil seseorang wanita itu suka akan lelaki jenis ini. kalau dah panas baran sure lah tangan asyik nak naik. jadi kaki pukul pulak. hari-hari kena marah. hoish! siapa lah yg tahan ngan laki camni.

2. Kedekut. time keluar ngan gf ada pulak gf yg support. kalau kadang-kadang takpe gak, yela kena lah give and take. tapi kalau dah tiap masa perempuan yang keluar kan duit, alasan nya takde duit lah, duit habis kat kereta lah, duit gaji bagi kat mak lah. whatever! berkira sangat. nanti time dah kawin tak tau la apa jadi, anak nak beli susu pun berkira kot.

3. Selekeh. kalau selekeh tapi bergaya takpe gak. ni dah la selekeh, busuk lak tu. rambut ngan serabai nya, mandi pun tak, ngan jambang bersepah, pakai baju yang tak basuh sebulan. kalau nak perempuan suka kena la smart sket. cuba kalau tengok perempuan selekeh sket ada lelaki pandang? selekeh tu kadang-kadang nampak smart gak. tapi biar selekeh yang bergaya.

4. Gelojoh. ouh tidak! time makan bukan main gelojoh lagi. macam tak makan 10 hari jer. time makanan ada dalam mulut boleh pulak sibuk nak cakap, sampai tersembur-sembur. yeeww! terus takda selera nak makan bila makan ngan orang gelojoh camni.

5. Mendesak atau memaksa. jenis ni pun perempuan tak suka. beri la wanita kebebasan jangan asyik nak mendesak je. boleh naik rimas ngan orang jenis camni. jangan mendesak wanita untuk buat sesuatu perkara yang dia tak suka. biar la dia buat secara sukarela dan ikhlas.

6. Perasan. lelaki perasan lagi takleh blah! kalau dah handsome pastu ramai perempuan suka, jangan lah terlebih perasan yea. biar lah pasangan anda tu yang perasan sebab dapat anda yang digilai ramai tu. jangan anda pulak yang perasaan lebih dengan kelebihan anda.

7. Suka mengongkong. setiap apa yang pasangan dia lakukan mesti nak kena ambil tahu. memang tak salah. tapi yang merimaskan perempuan bila semua benda yang nak dilakukan perlu bagi report kat lelaki. nak keluar kena ada izin. kadang-kadang nak keluar ngan kawan perempuan sendiri pun tak bagi. teruk la camtu. tak kan asyik nak berkepit 24jam je. bagi la privacy sket.

CIRI WANITA YANG LELAKI HINDARI

1. Kasar. kasar mengalah kan jantan. jalan pun dah lebih kurang cam jantan. takda ciri-ciri keperempuanan langsung. cakap pun bukan main kasar lagi. lelaki memang takda peluang nak bermanja ngan wanita jenis ni.

2. Gedik. gedik tak bertempat. pastu kat public pun nak mengada-ngada ngan teman lelaki konon nak tunjuk kemesraan. takda sapa nak tengok la. cakap pun nak kuat supaya dapat perhatian biar orang lain pandang-pandang. whatever! takda sapa nak tengok la. menyampah pun ada.

3. Kuat merajuk. wanita memang dilahirkan ngan sifat terlalu sensitive. cepat merajuk bila terasa. tapi kalau hari-hari merajuk mau nye lelaki lari. lelaki pun dah naik bosan kalau hari-hari keje dia nak pujuk si wanita je. bosan gak keje asyik nak pujuk orang je.

4. Kurang ajar. sifat perempuan kan lemah-lembut. kalau dah kurang ajar atau tak sopan tu dah hilang sket ciri-ciri keperempuanan. dengan orang tua pun tak tahu nak hormat. camna nanti nak jumpa bakal mertua. terus mertua reject kot.

5. Pengotor. perempuan pengotor? kalah lelaki plak. wanita ni kena gak ada ciri-ciri pembersih. kalau pengotor mengalah kan jantan abis la. bilik macam dah tongkang pecah tak pernah nak kemas. rambut nak keluar pun tak sikat. ngan muka selebet tak berbedak.

6. Berpakaian menjolok mata. tak dinafi kan lelaki memang suka tengok wanita yang seksi. tapi untuk menjadi pasangan jauh sama sekali. maybe ada segelintir nya tak kisah. ada juga yang kisah pabila pasangan dia menjadi tarikan lelaki-lelaki lain untuk tengok sampai nak terkeluar biji mata. biar dia je boleh tengok tapi tidak pada lelaki lain. lol!

7. Suka mengongkong. sama je macam lelaki di atas. malas nak explain.


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

0 si comel rama-rama:

Post a Comment

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...