“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

SPRAY


SPRAY

Kepala spray jika ditekan, sudah tentu akan menyemburkan isinya, tak kira apa. Jadilah seperti spray yang sentiasa menyemburkan ilmu, semangat membara pada diri sendiri juga pada orang lain.
Jika Anda nak jadi pelajar cemerlang, ikut stail spray. Spraykan ilmu, kongsikan apa yang Anda tahu pada yang ingin tahu. Jika ada yang tak nak tahu, biarkan saja. Terima hakikat, ada yang nak luar biasa hebat, ada yang nak biasa-biasa saja. Yang nak jadi pelajar ala kadar pun ada, janji rock. Jika nak jadi pekerja cemerlang, spraykan disiplin, komitmen dan professionalisma dalam kerjaya Anda, tak kira kakitangan kerajaan ataupun swasta. Fokus pada kualiti kerja, tak kira Anda kuli, kerani atau bos. Masalah kewangan dan segala macam masalah, letak tepi dulu.
Kita susah nak jadi pekerja cemerlang, jika di fikiran kita penuh dengan permasalahan, bukan hal-hal berkaitan kecemerlangan. Jika nak jadi usahawan cemerlang, lupakan pasal duit, lupakan pasal untung besar. Bina perniagaan sebaik mungkin, jadikan diri Anda unik dan biar perniagaan Anda memberi manfaat pada masyarakat terlebih dahulu.
Sebuah perniagaan sepatutnya memberi kebaikan, bukan memberi bebanan. Duit untung akan datang sendiri, bila perniagaan itu bermanfaat pada setiap ahli masyarakat dengan menyediakan produk berkualiti yang memenuhi keperluan mereka atau yang menyelesaikan masalah mereka. Sudah tentu sesiapa saja sanggup beli, walau berapapun harganya. Masalah kebanyakan orang berniaga adalah, mereka nak hasil cepat, lepas tu dalam jumlah besar! Ini sebab mengapa perniagaan cepat lingkup sebab tak balik modal, sama ada perniagaan Internet, multi level marketing atau perniagaan tradisional. Perlu kawal nafsu dan emosi.
Komputer perlukan letrik supaya boleh berfungsi dengan baik. Manusia perlu motivasi supaya boleh mengusahakan sesuatu dengan baik, cukup cemerlang, cukup bagussss. Ibarat minyak wangi harum yang selalu kita spray , disembur pada baju, motivasi kita pun biarlah macam tu juga, biar di sembur selalu dalam diri sendiri, supaya kita ada semangat tinggi dalam apa jua yang kita kerjakan.

LiveStrong!




Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

0 si comel rama-rama:

Post a Comment

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...