“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

NAMA-NAMA BULAN ISLAM DAN PENGERTIANNYA


NAMA-NAMA BULAN ISLAM DAN PENGERTIANNYA

Muharam ertinya yang diharamkan - Di dalam bulan ini diharamkan berperang atau bermusuhan.

Safar ertinya kosong - Di dalam bulan ini, orang-orang Arab di zaman Jahiliah biasanya meninggalkan kampung halaman masing-masing kerana berperang.

Rabiulawal ertinya musim bunga yang pertama - Pada bulan ini pokok-pokok mula berbunga.

Rabiulakhir ertinya musim bunga yang akhir - Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi pokok-pokok berbunga.

Jamadilawal ertinya permulaan musim sejuk.

Jamaldilakhir ertinya musim sejuk yang akhir, salji-salji masih lagi kedapatan di sana sini.

Rejab ertinya kebesaran. Bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Jahiliah.

Sya'aban ertinya bercerai. Pada bulan ini biasanya orang-orang Arab Jahiliah meninggalkan kampung masing-masing pergi mencari sara hidup sama ada bertani atau pun berdagang keluar negeri.

Ramadhan ertinya bulan panas terik

Syawal ertinya mencawat ekor.
Biasanya unta betina mencari pasangan.

Zulkaedah ertinya tempat duduk. Pada bulan ini semua orang duduk beristirehat di rumah masing-masing.

Zulhijjah ertinya bulan haji. Pada bulan ini penduduk-penduduk di Semenanjung Arab berkunjung ke Kaabah di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji mengikut kepercayaan masing-masing.

Nama-nama ini diambil daripada amalan masyarakat Arab sebelum Islam. Mereka menamakan bulan-bulan itu berdasarkan musim atau satu-satu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dalam bulan- bulan itu. Apabila Islam muncul nama-nama bulan yang diwarisi dari masyarakat Arab itu telah diterima dan diabdikan.
Empat bulan dari 12 bulan itu dikenali dengan nama bulan suci (Hurum). Bulan- bulan yang ditegahkan melakukan pembunuhan dan peperangan ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Firman Allah yang bermaksud: "Empat daripadanya bulan suci." (Surah At-Taubah: 36)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Setahun mengandungi 12 bulan; 4 daripadanya suci - tiga bulan berturut-turut, Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam dan satu bulan Rejab terletak di antara Jamdilakhir dengan Syaaban."

Peristiwa-peristiwa yang bersejarah:

Muharam: Peristiwa Karbala iaitu pembunuhan Husain bin Ali, cucu nabi Muhammad.

Safar:
i)Nabi Muhammad bersama Abu Bakar bersembunyi di Gua Thor sebelum berhijrah ke Madinah.
ii) Nabi gering pada akhir bulan.

Rabiulawal: Nabi Muhammad dilahirkan, dilantik menjadi Rasulullah, hijrah ke Madinah dan wafat.

Rejab: Peristiwa Israk dan Mikraj dan sembahyang fardu disyariatkan.

Sya'aban: Kiblat diubah dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Kaabah di Mekah.

Ramadhan:
i)Turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad.

ii)Berlakunya perang Badar, perang yang pertama dalam sejarah Islam.
iii)Penaklukan Kota Mekah oleh umat Islam.

Syawal:
i)Berlakunya Perang Uhud.
i
i)Bapa saudara Nabi Muhammad, Hamzah bin Abdul Mutalib, mati syahid di Uhud.

Zulhijjah: Nabi Muhammad mengerjakan ibadat haji yang terkenal dengan nama "Hajjatul Wada', ertinya haji perpisahan.


post signature


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

0 si comel rama-rama:

Post a Comment

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...