“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

KHABAR MOTIVASI KITA


KHABAR MOTIVASI KITA

Apa khabar motivasi kita? Baik? Atau kurang baik?
Sepatutnya kita menilai, mengontrol tahap motivasi kita dari semasa ke semasa. Walaupun kekadang stress, tertekan kemudian berdepan situasi mencabar, kita perlu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersemangat.
Kita perlu selalu check tangki motivasi kita supaya sentiasa ada isinya. Kita kurang bersemangat sebab kurang momentum. Momentum pula akan terhasil secara automatik tatkala kita melakukan sesuatu.
Sebuah kereta memerlukan minyak untuk bergerak laju. Begitu juga manusia, memerlukan motivasi supaya sentiasa ada pecutan laju bergerak menuju ke matlamatnya. Kurang motivasi , kurang lajulah ia.
Bagaimana nak check macam mana motivasi kita? Mulakan dengan..
1. Kawal emosi dan percakapanKata orang putih, live your life conciously. Kita sedar 100% apa yang kita ucap, cakap, fikir buat. Maksudnya, sebelum buat, fikir dulu, elak main terjah saja. Setiap perbuatan ada kesannya.
2. Perhati perbuatan kitaSelalu buat baik, sesiapa saja akan buat baik pada kita. Walaupun kekadang ia tak menjadi, tapi biasanya, yang baik akan sentiasa menang sebab ia berlaku dengan izin Allah swt.
3. Perhati fikiran kitaKita sendiri yang meracuni fikiran kita dengan kata-kata nista, kebencian, kecemburuan dan ketidakpuashatian pada orang lain. Jadi, untuk memastikan diri kita ada motivasi tahap tinggi, sentiasa kawal apa yang ada di fikiran,
kemudian berjaga-jaga, mana tahu di dalam fikiran kita muncul fikiran-fikiran negatif, yang buruk pasal diri sendiri atau pasal orang lain.
4. Minta orang lain nilai diri kita.Bila kita nilai diri sendiri, kekadang kita jadi syok sendiri, merasa diri dah cukup baik padahal pada pandangan orang lain, masih belum berapa baik. Sebenarnya, untuk kita tanya diri kita cemana, cara yang paling baik adalah dengan meminta orang lain nilai diri kita, kritik diri kita.
Pilih untuk jadi orang yang sentiasa ada motivasi .
LiveStrong!


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

0 si comel rama-rama:

Post a Comment

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...