“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

KEBAIKAN KEBURUKAN BLOG


KEBAIKAN KEBURUKAN BLOG

Ada pembaca bertanya apa kebaikan dan keburukan blog. Blog berbeza dari website atau mana-mana laman web statik, kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemas kini. Ada beribu blog berbahasa Inggeris di luar sana dikemas kini 3-7 kali dalam sehari. Perkongsian maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalik blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah: Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa. Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog skin’. Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang pensyarah, atau guru. Namun, blog mempunyai keburukan tersendiri. Baik atau buruk sesebuah blog sebenarnya bergantung pada orang yang mengendalikan blog iitu, macamana orangnya, macamanaattitudenya, perangainya dan kawalan emosinya. Jika baik, maka baiklah blog iitu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akan menjadi buruk lah blog tersebut di mata masyarakat. Kisah Raja Petra menjadi teladan. Keburukan blog yang utama adalah: Menyampaikan maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah. Blog Di gunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan selebriti. Menyebarkan SPAM, iaitu maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog. Sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar. Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang bersangkut-paut dengannya.



Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

0 si comel rama-rama:

Post a Comment

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...