“Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah..meskipun kita berada di bawah jangan pernah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan roda hidup kita agar kembali berputar ke depan ke destinasi yang ditujui dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dalam redha Allah swt…”


(◕‿◕✿) THANK YOU. I'LL FOLLOW YOU BACK!!!

KATA-KATA MOTIVASI 25


KATA-KATA MOTIVASI 25

Dr Fadzilah Kamsah berkata, "usah asyik salahkan orang lain, tapi gali di mana kekurangan diri"
Seringkali bila terjadi sesuatu perbalahan kecil di antara kita dan rakan sekerja, kita dengan kawan-kawan, dengan adik beradik atau dengan ibu bapa, kita terbiasa menyalahkan mereka, sebab ketika itu kita tak puas hati.
Pada mata kita, jika mereka tak buat salah, tentu tidak akan terjadi masalah. Fikiran sebegitu seringkali bermain di kepala kita saat demi saat sepanjang hari, membuat kita semakin geram.
Tapi, tahukah Anda asyik menyalahkan orang lain takkan berjaya mengubah apa-apa? Ia akan membuat keadaan menjadi lebih teruk dari yang Anda sangkakan.
Orang-orang cemerlang tak suka menudung jari pada orang lain untuk menyalahkan mereka, tetapi sebaliknya menggali di mana kekurangan diri mereka lalu bertindak merubah situasi. Mereka menganggap perbalahan atau permasalahan yang timbul adalah dari kekurangan diri mereka, atau mungkin dari kesilapan diri mereka. They look inside , not outside.
Alam semesta merupakan guru yang paling baik. Jika api dilawan dengan api, pasti api kecil marak membara, semakin panas, semakin besar nyalanya lalu menjadikan ia susah nak dipadam. Tetapi, bila api dilawan dengan air, sudah tentu api tu padam.
Jika apinya kecil, ia akan padam sekaligus bila disimbah air. Jika apinya besar, ia akan padam perlahan-lahan secara bertahap.
Jika Anda sedang berada dalam perbalahan, permasalahan atau permusuhan dingin dengan seseorang, situasi itu akan semakin berpanjangan jika Anda tetap berdendam, membenci dan terus menyalahkan mereka. Ia makin bertambah rumit bila cuma Anda saja mahu mereka yang meminta maaf dengan Anda kerana Anda mengganggap salah bermula dari mereka.
Bagaimana pula jika pihak yang lagi satu tak nak meminta maaf? Masalah yang melanda takkan ada penyudah, selagi tidak ada kemaafan dari mana-mana pihak. Anda patut tahu, jika sikap sebegini ada pada Anda, itu dipanggil ego dan ia adalah salah satu sikap orang yang kurang cemerlang.
Orang yang kurang cemerlang, sudah tentu tidak berjaya dalam apa saja yang diusahakannya, hidupnya selalu dikelilingi hutang, masalah dalaman dan paling ketara, kesusahan hidup. Lagi satu, orang lain susah nak bergaul dengan dia, Allah juga akan sentiasa menurunkan musibah padanya.
Mulai hari ini, usah kita asyik menyalahkan orang lain. Bila kita berbalah, amalkan sikap suka memaafkan orang kerana ia membersihkan hati, lalu menarik orang-orang berfikiran positif dekat dengan kita. Kesannya, kita akan terjangkit aura kehebatan dan kecemerlangan dari mereka, lantas membentuk diri kita sendiri untuk menjadi cemerlang sama seperti mereka juga.
Orang yang suka mencari salah orang lain, atau menyalahkan orang lain seratus peratus, pencapaiannya tidak cemerlang. Jika sikap ini ada pada Anda, berubah sekarang kerana ia akan mengheret Anda ke lembah kehinaan.
Hidup kita sentiasa penuh dengan pilihan, jadi pilihlan untuk menggali di mana kekurangan diri, elak dari menyalahkan orang lain, walau dalam apa jua keadaan. Hidup kena kuatkan semangat.
LiveStrong.


Pecah Kaca..Pecah Cermin..Sudah Baca..Sila lah Komen.. :)

0 si comel rama-rama:

Post a Comment

Sila berhemah dalam memberi setiap komen atau cadangan. Terima kasih kerana menghargai blog ini.
Setiap ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya.
Boleh menggunakan tag HTML seperti:
<b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...